Minggu Aktiviti Semester 2[2013] - Hari 4


29 Ogos 2013 - Khamis
Hari Keempat

Pada hari keempat, homeroom kami bersama 4 homeroom yang lain teleh mengadakan khidmat masyarakat di Balai Polis Simpang Ampat. Sebelum memulakan kerja, kami dihidangkan dengan sajian sarapan pagi yang sungguh enak yang pastinya menambahkan tenaga kami .
Selepas makan, kami dibahagikan pula kepada beberapa kumpulan dan bertugas di tempat yang telah ditetapkan mengikut kumpulan. Kami berterusan menjalankan tugas membersihkan kawasan balai polis sehingga tengah hari tanpa henti. Walaupun penat, tetapi selepas menjalankan tugas, kami teleh dihidangkan makanan tengah hari yang sangat enak dan menyelerakan yang disediakan khusus oleh pihak balai polis.
Kami pulang semula ke maktab lebih kurang pukul 1 petang. 

Pada sebelas petang pula telah diadakan Pasar Ria dan dikehendaki untuk mejual apa-apa sahaja hidangan mengikut homeroom,  Terdapat pelbagai menu yang enak disediakan dan aktivi yang menarik.Terdapat juga badut di pasar ria tersebut! ;D



[Gambar akan disediakan kemudian]

Minggu Aktiviti Semester 2[2013] - Hari 3

28 Ogos 2013 - Rabu 
Hari Ketiga 

Hari ketiga merupakan antara hari yang paling meletihkan sekali kerana, pada sebelah pagi teleh diadakan pertandingan Water Rocket bagi tingkatan dua mengikut homeroom.
Setiap homeroom dikehendaki membuat rocket menggunakan botol air berkabonat, kadboard, plastic sampah, tali dan kertas plastik lutsinar.
Selepas membuat water rocket, kami dikehendaki untuk menguji dan kemudian bertanding dengan water rocket dari homeroom yang lain .
Percubaan kami tidak berjalan dengan lancar dan kami dikehendaki memperbaikkan water rocket kami.
Ketika bertanding, water rocket kami merupakan rocket yang paling tinggi dilancarkan namun kemudian jatuh dengan lajunya ke tanah dan payung terjun yang dibuat di rocket tersebut ridak terbuka menyebabkan kami kalah. Namun ia merupakan pengalaman yang menarik sekali untuk dikenang.

Pada sebelah petang telah diadakan Pertanding Sajak Sketsa dimana kami dikehendaki membuat sketsa sambil menyajukan sajak yang bertemakan kemerdekaan. Pun begitu, kami juga kalah di dalam pertandingan ini dan sedikit berasa kecewa namun kami pasrah sahaja.

Pada sebelah malam pula diadakan Majlis Qasidah/Ceramah yang diadakan di Dewan Ibnu Sina. Majlis ini teleh menjemput kumpulan Qasidah dan penceramah daripada luar. Menariknya,majlis ini didengdangkan bersama qasidah yang merdu dan diselangi dengan ceramah sedikit . Majlis ini juga diadakan dengan santai kerana kami duduk di atas lantai sambil mengikuti qasidah & ceramah tersebut. 


 



Minggu Aktiviti Semester 2[2013] - Hari 2


27 Ogos 2013 - Selasa
Hari Kedua

Pada hari kedua, di sebelah petang telah diadakan aktiviti yang dinamakan 'Trans Gags' atau lebih dikenali sebagai Super Spontan. Setiap homeroom teleh dibahagikan kepada dua kumpulan dan dikehendaki berlawan dengan kumpulan homeroom yang lain .
Kedua-dua homeroom yang berbeza akan dijemput untuk naik ke pentas dan dikehendaki untuk bercakap sama ada ayat tanya atau ayat penyata kepada homeroom yang 1 lagi  mengikut tema yang diberikan. Ayat yang lari dari tema atau ayat yang berulangan akan dikira salah dan disingkirkan. 
Homeroom kami telah kalah di dalam pertandingan ini namun kami berasa sungguh seronok dan terhibur . 


Pada sebelah malam telah diadakan 3 aktiviti yang berjalan serentak yang dinamakan 'KekPatShow' yang bermaksud pertandingan menghias Kek, membuat ketuPat dan fashion Show

Untuk pertandingan menghias kek, kami dikehendaki menghias kek yang diberikan berdasarkan Hari Kemerdekaan, bagi pertandingan ketupat, kami dikehendaki membuat/mengayam ketupat menggunakan reben yang diberikan serta bagi fashion show kami dikehendaki mengahantar seorang wakil untuk dijadikan model bagi tema Retro dan menghias beliau.


Namun,kami tidak memenangi mana-mana pertandingan tersebut tetapi kami seronok memakan kek yang telah kami hias 



[Gambar akan disertakan kemudian]

Minggu Aktiviti Semester 2[2013] - Hari 1


 26 Ogos 2013
Bermulanya minggu aktiviti.. Pada hari ini telah diadakan Majlis Perasmian Minggu Aktiviti Semester 2[2013] bagi MRSM Transkrian. Majlis ini telah dirasmikan oleh pengarah YPM dan turut menjemput penceramah dari luar bersama . Majlis ini tamat kira-kira jam 12 tengah hari 

Pada sebelah petang, telah diadakan jualan mengikut homeroom. Setiap homeroom diarahkan untuk menjual bahan- bahan yang diberikan kepada setiap homeroom. Bagi homeroom kami, kami mendapat beberapa bungkus roti putih dan beberapa tin sardin.
Kami telah memutuskan untuk membuat Sardin Roll dengan meletakkan inti sardin yang telah dihancurkan dan dicelup kemudian digoreng . Jualan kami mendapat sedikit keuntungan namun kami gembira dapat menjual bersama disamping dapat mengeratkan silaturrahim


[Gambar akan disertakan kemudian]

Majlis Anugerah Penghargaan Ujian Selaras 1 & 2 Semester 1(3013) [Tingkatan 2]


Pada 16 Julai yang lalu, telah diadakan Majlis Anugerah Penghargaan Ujian Selaras 1 & 2 Semester 1(3013) [Tingkatan 2] yang bertempat di Bilik Cendiakawan.Anugerah ini diberikan kepada pelajar-pelajar yang mendapat markah peperiksaan yang mencapai target atau melebihi target mengikut subjek.
Para pelajar telah dianugerahkan voucher koperasi sekolah yang bernilai RM5 untuk 1 subjek.
Berikut adalah antara gambar-gambar yang diambil ketika majlis tersebut : - 
 

  

 

 

Gambar Homeroom Kami Selepas Majlis :) 

  






Jualan Kelas 2 Botany Di Trans Garden


Kami,kelas 2 Botany(Homeroom Pn. Asmawani & Homeroom Ustaz Jazmin) telah mengadakan jualan yang terletak di Trans Garden . Berbagai makanan yang telah kami jual seperti Air Bekabonat , Rojak Coklat dan juga Murtabak Maggi.
Alhamdulillah, jualan kelas kami mendapat keuntungan besar iaitu sebanyak hampir RM300 atau lebih dan wang itu telah disimpan di dalam tabung kelas...
Bersama ini disertakan beberapa gambar yang telah diambil semamasa jualan 
 
 
 


Cikgu Asmawani(Tengah)