Minggu Aktiviti Semester 2[2013] - Hari 2


27 Ogos 2013 - Selasa
Hari Kedua

Pada hari kedua, di sebelah petang telah diadakan aktiviti yang dinamakan 'Trans Gags' atau lebih dikenali sebagai Super Spontan. Setiap homeroom teleh dibahagikan kepada dua kumpulan dan dikehendaki berlawan dengan kumpulan homeroom yang lain .
Kedua-dua homeroom yang berbeza akan dijemput untuk naik ke pentas dan dikehendaki untuk bercakap sama ada ayat tanya atau ayat penyata kepada homeroom yang 1 lagi  mengikut tema yang diberikan. Ayat yang lari dari tema atau ayat yang berulangan akan dikira salah dan disingkirkan. 
Homeroom kami telah kalah di dalam pertandingan ini namun kami berasa sungguh seronok dan terhibur . 


Pada sebelah malam telah diadakan 3 aktiviti yang berjalan serentak yang dinamakan 'KekPatShow' yang bermaksud pertandingan menghias Kek, membuat ketuPat dan fashion Show

Untuk pertandingan menghias kek, kami dikehendaki menghias kek yang diberikan berdasarkan Hari Kemerdekaan, bagi pertandingan ketupat, kami dikehendaki membuat/mengayam ketupat menggunakan reben yang diberikan serta bagi fashion show kami dikehendaki mengahantar seorang wakil untuk dijadikan model bagi tema Retro dan menghias beliau.


Namun,kami tidak memenangi mana-mana pertandingan tersebut tetapi kami seronok memakan kek yang telah kami hias 



[Gambar akan disertakan kemudian]

No comments:

Post a Comment