Minggu Aktiviti Semester 2[2013] - Hari 3

28 Ogos 2013 - Rabu 
Hari Ketiga 

Hari ketiga merupakan antara hari yang paling meletihkan sekali kerana, pada sebelah pagi teleh diadakan pertandingan Water Rocket bagi tingkatan dua mengikut homeroom.
Setiap homeroom dikehendaki membuat rocket menggunakan botol air berkabonat, kadboard, plastic sampah, tali dan kertas plastik lutsinar.
Selepas membuat water rocket, kami dikehendaki untuk menguji dan kemudian bertanding dengan water rocket dari homeroom yang lain .
Percubaan kami tidak berjalan dengan lancar dan kami dikehendaki memperbaikkan water rocket kami.
Ketika bertanding, water rocket kami merupakan rocket yang paling tinggi dilancarkan namun kemudian jatuh dengan lajunya ke tanah dan payung terjun yang dibuat di rocket tersebut ridak terbuka menyebabkan kami kalah. Namun ia merupakan pengalaman yang menarik sekali untuk dikenang.

Pada sebelah petang telah diadakan Pertanding Sajak Sketsa dimana kami dikehendaki membuat sketsa sambil menyajukan sajak yang bertemakan kemerdekaan. Pun begitu, kami juga kalah di dalam pertandingan ini dan sedikit berasa kecewa namun kami pasrah sahaja.

Pada sebelah malam pula diadakan Majlis Qasidah/Ceramah yang diadakan di Dewan Ibnu Sina. Majlis ini teleh menjemput kumpulan Qasidah dan penceramah daripada luar. Menariknya,majlis ini didengdangkan bersama qasidah yang merdu dan diselangi dengan ceramah sedikit . Majlis ini juga diadakan dengan santai kerana kami duduk di atas lantai sambil mengikuti qasidah & ceramah tersebut. 


 



No comments:

Post a Comment