Minggu Aktiviti Semester 2[2013] - Hari Terakhir


31 Ogos 2013- Sabtu
Hari Terakhir

Sepatutnya aktiviti sukaneka dijalankan di waktu petang hari jumaat(30 Ogos), namun sukaneka tersebut telah ditunda ke hari sabtu(31 Ogos) dan ia merupakan aktiviti terakhir kami dalam minggu aktivi. 
Aktiviti sukaneka telah diasingkan bagi lelaki dan perempuan. 

Bagi lelaki, mereka dikehendaki menghantar wakil untuk bermain bola sepak mengikut kelas. Pertandingan tersebut diadakan di gelanggan futsal dan berakhir kira-kira jam 11 hingga 12 tengah hari..

Bagi perempuan, aktiviti sukaneka diberi ialah 'Gula-gula Dalam Tepung'. Setiap homeroom perlu menghantar 5 orang wakil untuk pertandingan ini. Seorang peserta akan meniup tepung dan dikehendaki mencari gula gula di dalamnya dan menggigitnya seterusnya memberi kepada peserta kedua yang memegan chopstick dan memberikanya kepada pesera ketiga. Peserta ketiga harus menggigit gula gula tersebut dan memberinya kepada peserta keempat yang memegang chopstick dan memberi kepada pesera kelima yang memegang mangkuk. Gula-gula yang paling banyak dikumpul akan menang.
Bagi homeroom kami, kami telah  memenangi tempat ketiga dan mendapat markah merit.
Alhamdullilah, akhirnya kami berjaya meraih kemenangan di dalam minggu aktiviti ini.







Minggu Aktiviti Semester 2[2013] - Hari 5

30 Ogos 2013 - Jumaat
Hari Kelima(Hari Terakhir)

Sedar tidak sedar,ianya merupakan hari kelima dan hari terakhir bagi Minggu Aktiviti Semester 2 (2013)..
Pada sebelah pagi telah diadakan senam robik bersama jurulatih senamrobik dari luar yang telah berlansung lebih kurang satu jam dan diadakan di dewan.
Di samping mengeluarkan peluh, kami juga berasa sungguh seronok kerana sudah sekian lama tidak melalkukan aktiviti senam robik ini. Aktiviti in juga dapat menyihatkan badan di samping meningkatkan stamina.

Pada sebelah petang telah diadakn tayangan di surau bagi pelajar tingkatan dua,
Tayangan dan juga sedikit ceramah disampaikan oleh ahli Badan Wakil Pelajar tingkatan 2 sendiri.

Pada sebelah malam iaitu selepas solat maghrib telah diadakan Jamuan Raya bagi seluruh pelajar. Para pelajar dibenarkan untuk memakai baju raya, kasut raya dan sebagainya. Kesemua pelajar kelihatan sungguh anggun dan indah ketika malam itu. Kami dikehendaki duduk mengikut homeroom dan memakan perlbagai jenis hidangan yang sunggu enak seperti roti jala,sate,nasi himpit dan sebagainya. Sudah pastinya, kami berasa sangat kenyang selepas jamuan tersebut .

Selepas jamuan iaitu selepas solat isyak, kami dikehendaki untuk ke dewan bagi Majlis Penutupan Minggu Aktiviti Semester 2 Tahun 2013 dan Sambutan/Countdown Hari Merdeka . Berbagai persembahan diadakan dan apabila hampir pukul 12 tengah malam, kami telah membuat countdown bagi Hari Merdeka dan apabila tepat jam 12, kami bersama-sama menyanyi dan mengibarkan jalur gemilang.
Sedar ataupun tidak, itulah merupakan hari terakhie bagi minggu aktivi semester 2 tahun 2013. Sungguhpun kami tidak memenangi banyak pertanding yang diadakan, tetapi kami berasa sungguh seronok sepanjang minggu ini disamping dapat mengeratkan silaturahim terutamanya dalam kalangan homeroom, diharap minggu aktiviti yang diadakan pada masa akan datang juga akan lebih bertambah seronok dan menarik.




2 Botany