Minggu Aktiviti Semester 2[2013] - Hari Terakhir


31 Ogos 2013- Sabtu
Hari Terakhir

Sepatutnya aktiviti sukaneka dijalankan di waktu petang hari jumaat(30 Ogos), namun sukaneka tersebut telah ditunda ke hari sabtu(31 Ogos) dan ia merupakan aktiviti terakhir kami dalam minggu aktivi. 
Aktiviti sukaneka telah diasingkan bagi lelaki dan perempuan. 

Bagi lelaki, mereka dikehendaki menghantar wakil untuk bermain bola sepak mengikut kelas. Pertandingan tersebut diadakan di gelanggan futsal dan berakhir kira-kira jam 11 hingga 12 tengah hari..

Bagi perempuan, aktiviti sukaneka diberi ialah 'Gula-gula Dalam Tepung'. Setiap homeroom perlu menghantar 5 orang wakil untuk pertandingan ini. Seorang peserta akan meniup tepung dan dikehendaki mencari gula gula di dalamnya dan menggigitnya seterusnya memberi kepada peserta kedua yang memegan chopstick dan memberikanya kepada pesera ketiga. Peserta ketiga harus menggigit gula gula tersebut dan memberinya kepada peserta keempat yang memegang chopstick dan memberi kepada pesera kelima yang memegang mangkuk. Gula-gula yang paling banyak dikumpul akan menang.
Bagi homeroom kami, kami telah  memenangi tempat ketiga dan mendapat markah merit.
Alhamdullilah, akhirnya kami berjaya meraih kemenangan di dalam minggu aktiviti ini.







No comments:

Post a Comment