✐Peperiksaan Akhir Sem 1[Level:Unexpected]✎


Peperiksaan Final Sem 1 baru sahaja berlalu pergi...selepas 2 minggu berperang dalam dewan peperiksaan kini perang sudah berakhir...Pada kali ini 'perang' kami berbentuk(berformat) baharu yg kami belum pernah kami temui..

Bagi subjek bahasa iaitu B.Melayu & B.Inggeris, terdapat 3 bentuk peperiksaan iaitu peperiksaan ,lisan,mendengar & bertulis ...ketiga2 tersebut dianggap sedikit susah namun majoriti pelajar menyukai peperiksaan mendengar kerana ramai berpendapat bahawa itulah yg paling santai & mudah sekali.

Bagi subjek2 lain tidak bertukar format kecuali subjek Kemahiran Hidup...namun subjek2 ini telah ditambah soalan HOTS(High Order Thinking Skills) yg kebanyakkanya agak sukar bagi majoriti pelajar...bagi subjek Kemahiran Hidup yg bertukar format daripada soalan objektif  sepenuhnya kepada soalan struktur(subjektif) spenuhnya...subjek KH turut ditambah banyak soalan HOTS juga...

Kesimpulanya, peperiksaan kali ini telah membawa kami ke sebuah era yg baharu...walaupun ramai yg menggangap susah...namun kami semua telah berusaha sedaya & sebaik yg kami boleh ..Diharapkan kita semua dapat bertawakal atas apa sahaja keputusan yg diterima..In sha Allah..kami semua 1 batch pelajar tingkatan 3 akan memperoleh keputusan yg cemerlang dlm peperiksaan ini..Amin 





Minggu Aktiviti Sem 1 - Hari Terakhir


Setelah beberapa hari mengharungi pelbagai aktiviti ..kini masuklah hari terakhir bagi minggu aktiviti....begitu cepat masa berlalu....minggu aktiviti sudah hendak menutup tirainya rupanya...
Pada hari terakhir kami dikehendaki memancing di tasik maktab ..namun kami hanya berjaya menangkap seekor ikan sahaja..walaubagaimanapun kami berasa amat gembira & teruja...malah sambil memancing, kami juga sempat berkelah dengan berkongsi keropok ubi  & milo ais..
Mama Wani kami turut datang memberi sokongan walaupun beliau mengandung...sesungguhkan Mama Wani kami seorang ibu yg penyanyang & tough! Mama Wani,The best Mommy In Da World! 
Terima Kasih Mama Wani








Minggu Aktiviti Sem 1 - Hari Kedua


Hari pertama sudah berlalu..kini masuk hari kedua pula! Hari kedua kami dikehendaki bermain Perang Belon Airr!! ..Pada pusingan pertama kami telah menang dan mara ke  pusingan suku akhir...namun pada pusingan suku akhir kami telah tewas..Namun itu tidak mengapa...asalkan kami semua gembira,itu sudah cukup! Sudah semestinya kami seronok...lagipun kami sudah lama tidak bermain belon air...kebanyakkan dari kami basah lencun! Pengalaman yg sukar dilupakan! 





Minggu Aktiviti Sem 1 - Hari Pertama


Setelah hampir 3 bulan kami mengharungi hari persekolahan & menimba ilmu, akhirnya kami dapat merehatkan minda kami dengan minggu aktiviti yg diadakan oleh pihak maktab..sepanjang minggu kami tidak langsung menyentuh buku..apatah lagi memasuki kelas..Kami hanya berseronok dengan pelbagai aktiviti yg diadakan sepanjang minggu tersebut~! 

Bagi Hari Pertama Minggu Aktiviti, kami dikehendaki membuat salad dengan bahan2 yg terhad...Alhamdullilah,walaupun bahan terhad...namun kami dapat menghasilkan salad yg amat kreatif & mengagumkan.! Terima Kasih juga kepada Mama Wani yg telah menyumbangkan alatan & bahan untuk membuat salad... aktiviti ini juga telah memberikan pengalaman yg baru & menarik buat kami sehomeroom! 



Perjumpaan Homeroom


Di samping sibuk dengan tugasan harian, kami juga sempat mengadakan perjumpaan homeroom bagi menyelasaikan masalah peribadi & juga mengeratkan silaturahim sesama kami.Alhamdullilah..perjumpaan kami berjalan dengan lancar & dengan jayanya.Perjumpaan diadakan di Taman Herba MRSM Transkrian






♣Projek Geografi - Menanam Pokok Bakau♣


Bagi mencapai Band 6 dalam PBS untuk subjek Geografi, kami pelajar tingkatan 3,dikehendaki melakukan sumbangan terhadap sekitar melalui penanaman semula pokok bakau di sebuah kawasan paya bakau di Sungai Acheh.
Ia merupakan sebuah pengalaman yg menarik memadangkan majoriti kami tidak pernah menanam anak pokok bakau..Selepas menanam pokok, ada di kalangan kami yg menangkap ketam kecil di kawasan tersebut & kemudian melepaskanya kembali...Sesungguhnya aktiviti ini telah menambah ilmu pengetahuan kami terutamanya tentang pokok bakau, memberitahu fakta yg kami tidak ketahui dan memberi pengalaman yg amat manis buat kami semua..Terima Kasih(1000x_) kepada semua cikgu & pihak yg terlibat dlm menjayakan aktiviti ini! 






❀ Lawatan Ke Zoo Taiping ❀


Tahun ini merupakan tahun yg mencabar & sibuk  bagi kami memadangkan kami akan mengarungi peperiksaan besar..PBSMR! Selepas beberapa minggu , akhirnya kami rehatkan minda kami dgn mengadakan lawatan pertama sepanjang 3 tahun - Lawatan Ke Zoo Taiping! 

Kami berasa sungguh seronok kerana dpt melihat pelbagai jenis binatang yg menarik.dengan pelbagai kerenahnya yg tersendiri ....ada yg diancam kepupusan,ada yg hampir pupus & ada yg masih wujud...kebanyakkan mereka aktif di waktu siang namun ada yg menyembunyikan diri seperti berendam dlm air & banyak juga yg tidur .Walauapapun kami berasa sangat seronok disana..selepas melawat ke zoo...kami singgah untuk makan nasi ayam ...mmg sungguh nikmat memakan nasi ayam selepas penat berjalan..
Terima Kasih Banyak Banyak(100x) Cikgu Wani a.k.a Mama Wani yang kami sangat sayangi! 









Selamat Tahun Baru 2014

Pejam celik ,pejam celik...rupanya sudah berlalu tahun 2013,kini kita sudah memasuki tahun baru..tahun  & 2014! 2013 merupakan tahun yg mencabar & mempunyai pelbagai kenangan suka dan duka.....namun alhamdullilah kami semua telah berjaya mengharungi tahun tersebut..KAMILAH JUARA! 
Kini kita sudah melangkah ke tahun bernombor baru .. 2013  2014! Diharapkan tahun ini akan menjadi tahun yg dapat mengeratkan lagi ikatan kami sehomeroom , tahun yg berjaya buat kami, tahun yg diberkati Allah & tahun yg akan memberikan kami pengajaran & kenangan yg tidak dapat dilupakan..Amin.